Monday, 3 June 2013

Samsung Galaxy note II vs Samsung Galaxy sIII mini

Assalamualaikum wbt,,



Jejalan sekitar bandar Batu pahat hari ini ingatkan nak bebaskan diri dari memikirkan final paper yang akan diduduki seminggu dari sekarang..Tetapi dalam perjalanan terniat plak nak survey sedikit kelebihan telefon samsung yang semakin hot sekarang. "Yes",, samsung galaxy bakal menjadi pilihan gadjet aku selepas ini setelah sekian lama setia dengan nokia 3310.ha3.. Mana mungkin impian yang selama ini aku dendamkan akan dapat dilunaskan dengan langkah pertama mencari kelebihan yang terdapat pada telefon samsung galaxy..

Langkah pertama adalah mencari kelebihan telefon idaman iaitu Galaxy Note II yang bernilai RM2000++ dibandingkan pula dengan pilihan yang kedua Galaxy sIII mini yang bernilai RM900++. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan dan yang paling aku nampak Galaxy Note II lebih menyerlah berbanding dengan Galaxy sIII mini dan harganya pon jauh berbeza nak dibandinngkan...

Ewahhh,, dah rambang mata aku sekarang,, mana nak pilih untuk kegunaan masa hadapan ni,, ada cadangan yang paling baik tak???

Dan melalui internet plak aku dapat tahu yang Samsung Galaxy Note 11 lebih mengancam dengan 14 kelebihan dibalas 6 kelebihan dari Galaxy S III mini..(No comment)

Berfikir sejenak apa yang terbaik...

sumber:

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname