Assalamualaikum..
Jangan berkata "tinggalkan aku sekiranya aku menyakiti hatimu”
Jangan berkata "tinggalkan aku sekiranya aku menyakiti hatimu”
Perlu diingat yang kita cinta adalah manusia bukannya pokok
ataupun besi yang tidak mempunyai perasaan.. Apabila “manusia” yang kita cinta,
ingatlah mereka mempunyai perasaan dan hati sebagaimana yang anda miliki,
mereka harapkan hati mereka dijaga,, dibelai dan dikasihi sebagaimana yang anda kehendaki untuk diri anda sendiri..
Oleh itu jangan sesekali anda berkata “tinggalkan aku dan carilah
teman lain yang boleh membahagiakanmu”
dengan alasan anda menyakiti hatinya dan selalu membuatkan hatinya
terluka..Anda perlu sedar tatkala anda mengeluarkan perkataan itu, hatinya
bertambah sakit dengan apa yang telah anda lakukan sebelumnya..Maksudnya, makin
sakitlah hati pasangan anda pada ketika itu.
Walaupun niat anda untuk merajuk atau kecil hati dengannya,,
jangan sesekali mengeluarkan perkataan ini, kerana dengan kata-kata sebegitu
pasangan kita dapat megesan yang kita sudah tidak sayangkannya lagi dan kita
mengharapkan dia bahagia dengan orang lain bukan bersama kita..
Walhal kita memang sayangkannya dan sanggup menerima dia
seadanya tetapi dengan kata-kata sebegitu pasangan anda tidak fikirkan yang
anda sayangkannya tetapi cuma anda yang berfikiran sebegitu, fikiran
manusia ini tidak sama dan berbeza sama
sekali..
Penyelesaian kepada masalah yang anda selalu sakitkan hati
pasangan adalah “tinggalkan saya seketika, saya mahu bersendirian”.Ini adalah
ucapan dan selembut kata-kata untuk menunjukkan yang kita masih sayangkannya
bukannya berkata “tinggalkan aku dan
carilah teman lain yang boleh membahagiakanmu”.
Sekiranya anda telah mengungkapkan perkataan ini kepada
pasangan anda dan anda masih sayangkannya dan menerimanya seadaanya dan niat
percintaan yang anda harungi pada ketika ini untuk mendapat keredhaan Nya,,
tukarkan ayat anda secepat mungkin,, jangan biarkan perasaaan pasangan anda
disakiti berkali-kali2.. fikirkan sesuatu yang positif, jangan kerana perkataan anda derita selepasnya...
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012