KEMAMAM : Bukan Tempat Biasa Dinaiki Air Banjir - Isam Ismail

Thursday, December 05, 2013

KEMAMAM : Bukan Tempat Biasa Dinaiki Air Banjir

Assalamualaikum wbt..

 Diharapkan mangsa-mangsa banjir negeri Pahang, Terengganu dan johor menerima dugaan ini sebagai salah satu pengajaran untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan mencari di mana kurangnya kita disisi Allah. Allah menurunkan ujian kepada hambanya mengikut kemampuan..

Jadi, kita sebagai saudara yang melihat musibah ini perlulah melembutkan hati dan meringankan tangan untuk menghulurkan sesuatu bagi meringankan  beban yang dihadapi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian pada hari ini. 5 disember 2013 banjir yang berlaku di Daerah Kemamam, Terengganu turut berlaku di sebuah kampung yang sebelum ini jarang dinaiki air, tetapi lain pula pada kali ini, sinar melaporkan ini adalah kejadian banjir kali pertama yang berlaku di Felda Cerul. Berikut adalah sedutan dari laporan yang dikeluarkan:

Felda Cerul kali pertama kali bah

Sementara itu, ibu Norzilawati, Aishah Mohamad, 53, dari Felda Cerul yang datang membantu anaknya berpindah berkata, tidak pernah dalam sejarah Felda Cerul banjir tetapi semalam tanah rancangan Felda itu turut banjir.

“Makcik datang bantu anak berpindah tapi pada masa sama makcik diberitahu rumah di Felda Cerul juga turut dinaiki air. Semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kerana tak jangka air akan naik di situ,” katanya.



Disini adalah statistik keseluruhan mangsa banjir di limma negeri yang diperolehi dari sesawang portal bencana pada ketika ini...
Statistik dikemaskini pada 5.dec 2013 06.19 pm


2 comments:

  1. Dugaan Allah untuk mereka...bila baca kisah diaorang memang ngeri..semuanya berlaku terlalu cepat...

    ReplyDelete
  2. @Raudzah Z itulah,, kekadang kita yang diluar perlu bagi support dari semua sudut utk mereka..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012