Nasib Badan Berkurung Keseorangan - Isam Ismail

Saturday, February 08, 2014

Nasib Badan Berkurung Keseorangan

Assalamualaikum wbt..

Cuti semester bakal berakhir membuatkan semua pelajar resah gelisah untuk pulang ke Universiti masing dengan alasan tak puas lagi nak bercuti dikampung , begitu juga dengan aku sendiri tak pernah merasa puas dikampung halaman.

Hargh,, abaikan semua itu dan permulaan kisahnya aku sekarang telah berada di persekitaran universiti sendiri seminggu lebih awal dari jangkaan pembukaan semester dan nasib  aku agak kurang baik terpaksa berkurung seorang diri dalam bilik menunggu yang lain datang.

Bukan keinginan nak datang awal ke sini, tetapi akhir semester dulu aku berkeras dengan diri sendiri nak menyertai pasukan minggu haluan siswa (mhs) untuk kemasukan bulan februari.Haaa, kan da kena dop sorang.

Kemasukan pelajar baru akan bermula selesa dan hari ini baru sabtu, dalam erti kata lain aku ada dua hari  
 lagi tinggal keseorangan..dan berkemungkinan dalam dua hari ini gerak kerja akan bermula untuk persiapan menyambut orang baru..

Dan dengan dua hari yang  mendatang aku  bukan lagi berkurung keseorangan, mungkin beramai-ramai dengan sukarelawan mhs menyiapkan apa yang patut untuk kesenangan dan kemudahan orang baru di universiti.


No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012