Bocey Di Tempat Ketiga - Isam Ismail

Saturday, February 08, 2014

Bocey Di Tempat Ketiga

Pentas Maharaja Lawak Mega 2013 berakhir di stadium Melawati Shah Alam semalam dimana Bocey muka baru dalam gelanggang maharaja berjaya menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150k dan sebuah trofi sumbangan astro.

Manakala Nabil yang beraksi solo dalam pentas Maharaja Lawak kali ini berjaya menduduki tempat kelima, jambu dengan jolokan buah-buahan tempatan hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.

Shiro pula berjaya meraih kedudukan di tangga kedua dan siapa tidak kenal dengan Sepah tu yang dianggotai Shuib, Rahim dan Jepp berjaya meraih tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500K dan trofi sumbangan dari astro..

Man Of The Match pada malam final Maharaja Lawak Mega 2013 dimiliki oleh ketiga-tiga ahli dalam kumpulan Bocey (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, Mohd Nasir Hamzah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) ..

Melihat kepada persembahan semalam,, Kumpulan Bocey berjaya membuktikan kekebalan di pentas akhir dengan memberikan lawak yang boleh dikatakan mampu mengusik para penonton yang menyaksikannya..

Juri Belogisam

Bagi aku semua peserta finalis semalam adalah pemenang untuk Maharaja Lawak Mega 2013 dan kalau diberi peluang untuk memilih siapakah pemenang sebenar aku akan pilih Bocey. krep22.. hahah, hanya pendapat..

sekian..


2 comments:

  1. pendapat sama .. bocey layak menang

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  2. sama! bocey best. tapi tak boleh nak kata apa sebab saya pun tak undi hehehe. tapi bocey memang best.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012