Thursday, 3 December 2015

PROJECTOR - Sudah Ku Tahu (Lirik)

Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu

       

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

Sayang!! aku kau lupa,aku kau luka,tanpa kau sedar,Sayang !!...Petikan dari lirik lagu Sudah Ku Tahu oleh Projector Band. Ceritanya aku jumpa lagu yang mampu mengegarkan jiwa ini dekat Facebook, syok dengar vokalis dia, suara mmm, mantap. Cair beb dengar lagu ini, dari tak ngantuk terus aku tidow bila pasang lagu.#over

Sejarah sebenar Projector Band ni aku tak berapa nak pasti tapi dari kajian pendek yang aku buat salah seorang ahlinya dulu dari Satu Band. Mungkin satu masa kita akan dapat kenali siapakah beliau. Projector Band banyak melakukan show dalam kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Jadi siapa yang berdekatan boleh mengikuti Band ini. Untuk maklumat, mereka menggunakan facebook sebagai salah satu cara untuk menunjukkan perkembangan Band mereka dari semasa ke semasa. Katanya Band ini akan mengeluarkan lagu Sudah Ku Tahu 2, bilanya kita tunggu je update dari mereka. 
Sumber : Facebook

Wednesday, 2 December 2015

Year End Sale (YES) Jam Counterclockwise sebanyak 20%?? WOW!!!


Setahun berlalu, kini 2015 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari sahaja lagi. Bagi kaki shopping saat ini amat dinantikan untuk menikmati potongan harga atau SALE!!! dari branded outlet ataupun shopping mall yang berdekatan. Semestinya pada waktu ini, kebanyakan outlet/mall/kedai yang tumbuh dalam pasaran akan megadakan Jualan Akhir Tahun bagi mengeluarkan kesemua simpanan barang yang tersimpan di dalam warehouse selama ini.

Bercerita mengenai YES ini, kami penjual jam tangan antik/terbalik/lain dari yang lain/pelik/counterclockwise menawarkan kepada anda potongan harga sebanyak 20% (saya ulang 20%,20% tu...) untuk kesemua model jam dari jenama MEM WATCHES. Jualan ini bermula pada pertengahan November yang lepas dan bakal berakhir pada 31 Disember pada tahun ini 2015.

"Akak dah lama simpan hajat nak pakai jam ni, baru hari ini dapat beli coz harganya murah dari biasa"__pembeli MEM OCEAN

"Betul ker ada sale 20% tn??kalau camtu sy nak order jam MEM OCEAN sepasang, nak buat hadiah"__Pembeli MEM OCEAN

Antara dialog yang sempat kami keluarkan dari transaksi yang berjalan semasa berlangsung YES potongan 20% ini. Rata-rata pelanggan baru dan lama terkejut dengan potongan harga sebanyak 20% yang ditawarkan kami penjual jam tangan antik/terbalik/lain dari yang lain/pelik/counterclockwise. Katanya sedikit murah dan berkemampuan untuk memiliki beberapa utas jam tangan yang diidamkan sebelum ini.

Untuk anda yang sedang meneliti entri ini, apa tunggu lagi? khabarkan kepada kawan,jiran, mentua, adik, ipar yang kami sedang mengadakan jualan YES dengan potongan yang memberangsangkan sebanyak 20 %. 20% tu.

Pembelian dan detail model jam yang ditawarkan potongan 20% boleh dilihat di dalam facebook pages kami iaitu KedaiJamTawaf_JBjta dan Instagram Kami KedaiJamTawaf_JBJta. Segala urusan pembelian yang pantas dan berkesan adalah melalui medium whatsapp di talian 01120589921.

Disini kami sertakan bersama senarai model jam dan harga untuk sebelum dan selepas potongan 20%.

MEM BRAUNE 
Nett Price RM160
YES Price RM 144
http://on.fb.me/1gvRwh6
MEM ENIGMA (LIMITED EDITION)
Nett Price RM260
YES Price RM 247
http://on.fb.me/1JWHZ9w
MEM KARLENE BROWN 
Nett Price RM190
YES Price RM 171
http://on.fb.me/1DfYnFj
MEM KARLENE NUDE
Nett Price RM190
YES Price RM 171
http://on.fb.me/1LVUUgD
MEM OCEAN SEUTAS
Nett Price RM135
YES Price RM 128.50
MEM OCEAN SEPASANG 
Nett Price RM255
YES Price RM 242.25
http://on.fb.me/1VSuot6
MEM WALLTICKERS 
APPLE
MILKY
FLORA
AUTUMN
Nett Price RM106
YES Price RM 84.80
WOOD
Nett Price RM130
YES Price RM104


Sunday, 3 May 2015

Setapak Untuk Menamatkan Zaman Pelajar..

Assalamualaikum wbt.....

Nama aku mat_eseaym/ mat ise / endek_cute / atau dgn nama penuh MBI, dilahirkan pada ogos 92 dalam negeri Terengganu kini telah berusia 23 tahun mejangkau 24 tahun pada tahun akan datang. Dilahirkan di daerah pedalaman dengan suasana kekampungan dan akan menjadi satu kemestian hobi aku adalah berkaitan dengan alam semulajadi.Air terjun, Pantai, Hutan Belantara, Sungai, Mahupun pokok bunga depan rumah menjadi sumber inspirasi untuk ketenangan jiwa aku. Mall, Hutan Batu, Street adalah tempat yang membuatkan jiwa aku kacau, resah dan gelisah.. i dont like it..uhuh

So,aku bukan nak mengarang mengenai biografi aku disini, tetapi sebelum meneruskan entri yang bertajuk setapak untuk menamatkan zaman sebagai seorang Mahasiswa (pelajar) sedikit sebanyak aku ceritakan siapakah aku dan menolak sedikit persepsi kurang dari mata kasar pandangan orang.

Alhamdulillah, lagi sebulan campur tolak perjalanan aku di alam pelajar akan berakhir dan suasana seorang pelajar tidak akan dirasai lagi melainkan aku menyambung pelajaran untuk satu tahap lagi. Tidak mungkin aku meneruskan lagi kecuali dengan izin-Nya, kerana impian aku untuk permulaan selepas pengakhiran ini adalah untuk keluarga, adik beradik dan memajukan diri sendiri kearah yang lebih baik, jadi doa dari kalian amat diperlukan.

Susah senang, pahit gentir dalam perjalanan aku selama hampir empat tahun di bumi selatan hanya tuan badan yang mengetahui dan tanpa sokongan dari rakan dan keluarga aku rasakan yang aku tidak mampu berdiri sebagaimana aku berdiri pada waktu sekarang ini. So, untuk entri yang seterusnya mungkin aku akan menaip mengenai pengalaman aku tatkala bergelar seorang mahasiswa yang inginkan perubahan kepada diri sendiri terutamanya. stay tuned dengan belogisam

Pada masa sekarang, apa yang aku lakukan adalah sedang menjalani latihan industri (Praktikal) sebagai syarat terakhir untuk membolehkan diri aku layak dianugerahkan di institusi selatan tanah air, tidak lain dan tidak bukan adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Satu universiti terhebat dalam negara yang pernah satu ketika dahulu menjadi cita-cita aku untuk menjejakkan kaki kesini dan akhirnya aku berjaya mendaftar sebagai seorang pelajar UTHM untuk sesi pengajian 2011 sehingga 2015.Alhamdulillah, semuanya akan berakhir berkata doa, usaha dan azam...continue

Wassalam...

Comments System

Disqus Shortname