Wednesday, 29 June 2016

ZAKAT.. Erti Dan Kewajipannya

||ZAKAT..ERTI DAN KEWAJIPANNYA||Zakat dari segi bahasa bererti “Bersih”, “Suci”, “Subur”, “Berkat”,dan “Berkembang”. Maksud “Bersih” dan “Suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.

Manakala dari segi Istilah Syarak pula zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (Ayat 56)

Jelas ayat diatas menerangkan tentang kewajipan untuk berzakat. Sejarah juga membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang ingkar dalam membayar zakat kerana  didalam harta orang yang kaya, wujudnya hak untuk orang-orang fakir dan miskin.


Harta yang Wajib Dizakatkan

1.       Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu samada lelaki atau perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2.       Zakat Harta

Jenis-jenis zakat harta yang dikenakan zakat adalah seperti yang berikut:

·         Zakat pendapatan
·         Zakat perniagaan
·         Zakat binatang ternakan
·         Zakat pertanian
·         Zakat wang simpanan
·         Zakat emas dan perak
·         Zakat saham
·         Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz

·         Ma’adin

Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau dilaut
·         Kunuz

Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun)

·         Rikaz

Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahilih)



Syarat Umum Wajib Zakat??

Ketahui pula apakah syarat seseorang itu wajib mengeluarkan zakat :

1.       Islam

Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama islam sahaja.

2.       Merdeka

Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib zakat

3.       Sempurna Milik

Sempurna milik bermaksud, pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus dan memperoleh manfaat dari harta tersebut tanpa kawalan undang-undang dan peraturan

4.       Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat keatas harta itu.

5.       Cukup Haul (Tempoh wajib)
       
Haul ialah tempoh setahun bersamaan 12 bulan qomariah pemilikan kekal harta zakat seseorang selain dari harta zakat bij-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.

6.       Harta Yang Berkembang

Harta yang berkembang adalah pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan:

Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki adalah:
Binatang ternakan berkaki empat
Hasil makanan yang menjadi makanan asasi
Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.

Bentuk harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan adalah:
Emas, perak, mata wang dan hasil galiann yang bernilai
Tanaman, ternakan dan lain-lain yang disusahakan secara komersial

Sumber Rujukan :

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname