Tuesday, 5 July 2016

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

||UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016||Seketika nanti,kita rakyat Malaysia akan dipertotonkan dengan ucapan selamat hari raya daripada pemimpin-pemimpin utama Negara. Begitu juga aku sebagai pemilik tapak blog ini mengambil kesempatan di akhir ramadhan untuk mempersembahkan ucapan selamat hari raya kepada pembaca sekalian.

Assalamualaikum wbt. Aku admin Mat selaku penulis bebas kepada blog ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat. Sambutlah raya dengan gembira dan berhemah.

Pesan aku, Bersederhanalah ketika meraikan aidilfitri dan berpada-pada ketika menjamu selera. Ingat, hari raya bukan sehari untuk diraikan, tetapi sebulan. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi kita setelah sebulan lamanya menahan lapar dan dahaga.

Muliakan aidilfitri ini dengan banyak memberi. Sekurangnya dapat melatih sifat kita untuk lebih memberi pada bulan-bulan yang akan datang walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Usah berkira dengan nilai dan yakinlah matematik Allah bukan dengan matematik manusia.

Perlu diingatkan, lupakan sementara dunia maya, tutup data,tutup wechat dan biarkan hari anda dimeriahkan dengan suasana hiruk dan gelak tawa saudara mara,rakan taulan. Jangan berikan password wifi kepada tetamu, tetapi berikan sapaan dan soalan untuk mengeratkan hubungan.

Setelah sekian lama berbalas whatsapp, sekarang adalah masa terbaik untuk berbalas senyuman dan cerita. Kepada yang memandu  kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hati di dalam pemanduan anda, periksa keadaan kenderaan agar berada di dalam keadaan sempurna.

Akhir kata, ciptalah kenangan dan kebahagian, sesungguhnya ia lebih baik dari meminta. Kebiasaan meminta kebahagian adalah ibarat seperti kucing bertanduk.

Sekian, nantikan entri mencipta kebahagian dengan Projek Lemang Aidilfitri Mentua.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname