Assalamualaikum wbt,,
Di pengakhiran bulan april ini, banyak aktiviti dan
pengalaman baru diperolehi, termasuklah menjelajah gua tempurung di goping
negeri perak nun di utara disana..
Pengembaraan aku di gua tempurung bermula apabila aku
meringankan kaki dengan menceburkan diri
dalam bidang outdoor bersama salah satu kelab kembara yang dikatakan agak Berjaya
di tempat pengajian aku sewaktu ini..
Memang terbaik dan boleh dikatakan agak puas walaupun
terpaksa melalui halangan tertentu untuk menjejakkan kaki ke gua tempurung.
Disana (gua tempurung) kami memulakan aktiviti pemanasan badan dengan melakukan
night walk selama 3 jam merentas paya sungai dan kebun yang berdekatan untuk membuat persedian bagi memasuki dan menerokai
gua tempurung pada keesokan harinya..
Fulamak,, keesokan harinya jam 9 pagi kami meneruskan misi
dengan memulakan perjalanan memasuki pintu gua dan terus menyelongkar keindahan
ciptaan didalamnya selama 5 jam dengan meredah air,, mengelungsur , dan
mendaki..Yang tak dapat dilupakan bila terpaksa meniarap untuk meneruskan
perjalanan ke destinasi seterusnya..
Cabaran yang terdapat di gua tempurung agak extreme untuk
disimpulkan dan segalanya aku dapat lalui dengan hati yang puas,kerana hajat
untuk menerokai keindahan alam ini tercapai..
Sekian..
Lebih menarik jika ada gambar...boleh lah menghayati apa yg diceritakan, Jenuh imagine...hihi
ReplyDelete@Bin Muhammad okey, next time,, yg nie terasa berat nak edit gmbr
ReplyDelete@Noor Najwa oke, noetd, thank for the sharing
ReplyDelete