Tertuduh, Mohd Azri Mohd Kassim, 31, yang memakai kemeja putih dan seluar hitam, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Mengikut kertas tuduhan, Mohd Azri didakwa mencuri kereta terbabit milik Pusat Porsche Centre, No 207, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini, yang mana nombor pendaftarannya masih belum didaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagi perbuatan yang dilakukan pada jam 9.29 pagi, 11 Oktober lalu itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sarihan Abdul Shatar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Namun, peguam yang mewakili tertuduh, S Rathakrishnan memohon jumlah itu dikurangkan, memandangkan anak guamnya hanya berpendapatan RM1,500 sebulan, manakala isteri tertuduh yang menjadi penjamin hanya bekerja sebagai guru taska dengan gaji RM800 sebulan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 sebelum mahkamah menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Bestnya kalau aku yang jumpa kereta tu!
ReplyDelete