Telur Ayam Sebesar GUli, betul ke? - Isam Ismail

Sunday, October 28, 2012

Telur Ayam Sebesar GUli, betul ke?

Percaya atau tidak ini kejadian yang elah berlaku kepada salah seorang makcik yang tinggalnya di negeri johor. Katanya ayam peliharaan dia akan mengeluarkan telur sebesar biji guli, lain dari telur yang saiznya biasa.

Katanya lagi telur ini boleh ijadikan ubat, untuk sakit apa belogisam tak tau lagi. sebabnya telur ini tidak seperti telur biasa mudah rosak dan berbau. tetapi kelebihan telur ni dia makin lama makin ringan beratnya. betul ker?? hanya dia yang tau

berikut saringan dari petikan akhbar::



seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini, menggemparkan penduduk apabila memiliki ayam kampung yang mengeluarkan telur bersaiz sebesar guli.

Zaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang.

Menurutnya, kira-kira tiga tahun lalu, perkara aneh telah berlaku apabila ayam yang dibelanya mengeluarkan telur lebih kecil berbanding saiz telur ayam biasa.

“Kebanyakan telur tersebut bersaiz telur puyuh dan yang paling kecil adalah sebesar guli. Ada orang cakap,  ayam jantan sahaja yang akan mengeluarkan telur kecil, namun berbeza pula dengan ayam saya kerana yang bertelur itu ayam betina, ibu ayam.

“Malah, kesemua orang yang datang melihat telur ini berasa pelik kerana saiznya yang begitu berbeza. Tetapi, bagi saya dan keluarga ia sudah menjadi kebiasaan kerana boleh dikatakan setiap bulan pasti ayam saya akan mengeluarkan telur dalam saiz tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia juga memiliki lebih daripada seekor ayam yang boleh mengeluarkan telur bersaiz kecil itu dan kesemuanya disimpan di dalam reban bersebelahan kediamannya.

Menurutnya, tidak seperti telur ayam biasa, telur tersebut mempunyai perbezaannya di mana ia lebih hanyir manakala isinya bewarna putih dan tidak mempunyai kuning telur.

Zaiton berkata, bagi dirinya, telur tersebut dimakan begitu sahaja kerana yakin ia boleh menyembuhkan penyakit.

“Untuk sebiji telur ini saya menjualnya dengan harga RM3. Malah, kebanyakan mereka yang mencari telur ini adalah untuk tujuan berubat.

“Tambahan pula, ia tidak membusuk, sebaliknya jika disimpan dalam tempoh yang lebih lama, isinya akan mengering dan ia menjadi ringan. Tidak seperti telur lain apabila disimpan lama ia akan rosak,” katanya.
Telur ayam sebesar guli

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012