Tun Dr. Mahathir Idola Shah Rukh Khan - Isam Ismail

Wednesday, December 19, 2012

Tun Dr. Mahathir Idola Shah Rukh Khan

Bintang terkenal Shah Rukh Khan mengaku dia mengidolakan seorang lelaki yang amat dikaguminya sejak lebih 20 tahun lalu. Paling membanggakan apabila figura tersebut merupakan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad.


Hal itu diakui oleh pelakon, penyanyi, penerbit dan pengarah yang senang digelar SRK sewaktu dia dijemput sebagai tetamu khas untuk menghiburkan Tun Mahathir sempena sambutan ulang tahun ke-87nya yang dianjurkan pemilik busana Lord’s Taylor baru-baru ini.

Dengan bangga, SRK memberitahu: "Beliau adalah mentor saya. Saya begitu mengagumi beliau. Sejak mengenali beliau lebih 15 tahun lalu, saya terus mahu menjadi teman baiknya. Saya paling kagum dengan pemikiran beliau yang begitu baik. Saya berharap agar saya ada pemikiran sehebat beliau."

Tambah SRK, selain mengagumi kewibawaan Tun Mahatdir, dia juga selalu menjadikan tokoh tersohor dunia itu sebagai sumber inspirasinya.

"Saya berfikir bagaimana untuk memperoleh pemikiran luar biasa sepertinya. Dalam banyak hal, beliau menjadi inspirasi saya."

Pada malam sambutan ulang tahun tersebut, SRK telah menghadiahkan mantan pemimpin Malaysia yang terkenal dengan karismanya itu menerusi dua buah lagu. Selain mendendangkan lagu Happy Birthday, SRK memilih untuk menyanyi lagu yang cukup fenomena, Kuch Kuch Hota Hai.

Sementara itu, Tun Mahathir yang begitu terharu dengan sambutan dan kejutan apabila SRK sudi terbang daripada London untuk meraikannya menyatakan rasa terima kasih di atas majlis sambutan ulang tahun tertunda tersebut. Ini kerana Tun Mahathir dilahirkan pada tanggal 10 Julai, namun Lord's Taylor meraikannya pada 14 Disember lalu.

"Inilah rahsia awet muda saya. Sambut ulang tahun dua kali setahun, jadi sesiapa yang mahu kekal muda, perlu sambut ulang tahun setahun dua kali," ujarnya berseloroh.
Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com Kekurangan smart phone Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Lawak sial yang jarang ditonton RM100k dengan cara yang mudah

 

2 comments:

  1. sokong2!smpai SRK nyanyikan lagu Kuch2 Hota Hai utk Tun Mahathir...jelesnyaa...

    ReplyDelete
  2. hebatnyee tun dr. mathathir .. sampaikan srk pun buat idola :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012