Sejauh mana kita menyanyangi dan memiliki sesuatu yang bukan menjadi milik kita, usah dirisau suatu hari ianya akan hilang dan pergi kembali mencari siapakah pemiliknya yang sebenar. Tak perlu khuatir akan pemergiannya kerana takdir yang ditetapkan tidak pernah salah dan menyebabkan manusia itu sendiri lemah.. tetapi ada hikmah disebaliknya, untuk kita berfikir dan muhasabah diri sendiri, cukupkah apa yang kita lakukan dan layakkah kita dengan memiliknya??. Sebanyak manakah kita pernah bersyukur dengan memilikinya??,, sejauh manakah kita menyakitinya selama ini??,, semua itu menjadi penanda aras untuk kita sedar ketakutan dalam kehilangan sesuatu yang bukan milik kita itu pasti..
Tetapi usah dirisau andai sesuatu yang hilang itu rezeki kita, akan bersua lagi di saat dan ketika, cuma masa dan waktu yang menjarakkan bilakah dan dimanakah ianya akan berlaku terhadap hidup ini..Semestinya bila tiba saat itu hadirlah engkau dengan perubahan, selamilah apa yang hendak diperkatakan olehnya,, jangan teruskan kesalahan dan kesilapan dulu yang membangkitkan isu..
Semasa kehilangan jangan takut dan jangan lemah,, carilah tempat untuk mengadu kerana diri sendiri tahu siapa yang terbaik dan kenapa ianya hilang dalam kehidupan kita..Seharusnya sewaktu dahulu aku bersyukur memilikinya,, kerana dengan dirinya aku dapat merasakan kehidupan ini terlalu bermakna,, senyum,, gelak,, marah,, nakal,, semua telah sebati dalam jiwa,, cuma menanti masa untuk bersatu.. Taatkala menunggu saat inilah bergunung cabaran dan halangan mendatang,, tetapi aku tidak menunaikan tugas untuk memahami dan memberi kefahaman kepadanya..
Akhirnya, satu persimpangan hadir dalam jiwa sendiri,, mengharapkan keputusan yang diberi itu adalah yang terbaik untuk semuanya,, Namun diantara dua simpang, aku mencari simpang hasutan dan nafsu, dimana nafsu dan tindakan dibawah akal digunakan kononya, untuk mempertahankan sesuatu yang dimilki, tetapi dalam tak sedar telah menyakitkan hati sendiri. dan hari demi hari perasaan semakin celaru sehinggalah bertemu dengan pemanis ini,, Jangan takut akan kehilangan andai sesuatu itu bukan milik kita lagi.. Insyallah,, dia yang terbaik,,...
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012