Pengenalan Kepada Jam Tangan Tawaf - Isam Ismail

Sunday, December 08, 2013

Pengenalan Kepada Jam Tangan Tawaf

Pengenalan Jam Tangan Tawaf

Di sebalik penghasilan pelbagai jenis jam tangan dalam pasaran, kita mungkin tidak menyedari atau mengetahui tentang kewujudan salah satu jam yang menggunakan konsep pusingan kekanan atau dengan nama lain pusingan tawaf.

Sebelum ini kita hanya dibekalkan dan pernah diberi tunjuk ajar untuk melihat jam biasa yang berpusing kekiri iaitu berlawanan dengan arah pusingan tawaf.

Sebagai pengenalan kepada Jam Tangan Tawaf  izinkan saya disini membincangkan sedikit ciri-ciri fizikal yang dimiliki oleh jam ini berbanding jam lain dan izinkan saya menyentuh kepada kesan pemakaian jam ini kepada individu terutamanya. Mungkin dalam benak fikiran anda terfikirkan, apakah jam tangan tawaf?? Bagaimanakah rupa jam tangan tawaf?, Siapakah yang selalu memakainya,?Dimanakah untuk mendapatkannya.? dan paling teruk Bilakah jam tangan sebegini berada di pasaran.? "kenapa aku tidak mengetahuinya". Jangan risau!! dengan pengenalan ini dan seterusnya anda akan lebih mengetahui apakah Jam Tangan ini dan pasti anda akan tertanya bagaimana hendak mendapatkannya..

Ciri-ciri fizikal Jam Tangan Tawaf

Dikeluarkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan jam tangan ini mampu memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandangnya.Dengan kata lain "cinta pandang pertama" kepada jenis jam ini..

Dengan memikirkan semua jenis ciri fizikal yang dikehendaki oleh pembeli, syarikat pengeluar jam tangan ini bertindak mengeluarkan dua jam berlainan saiz, satu untuk golongan wanita dan satu lagi untuk lelaki.

Selain itu, jam tangan tawaf direka dengan tulisan rumi dan jawi untuk dijadikan pilihan kepada pembeli dan pemakai. Andai kata anda inginkan jam yang bertulisan jawi, anda harus menatap semua maklumat yang terdapat disini pada ketika ini.

Setiap rekaan jam  memilki kelebihan tersendiri. Sebagai contoh jam tangan tawaf dengan kod HML direka khas dengan pemasangan lampu untuk pengunaan jam pada waktu malam.

Ciri lain yang dapat dilihat dengan mata kasar terhadap jam tangan tawaf  adalah melalui rekaannya yang cantik dan bewarna warni terutama jam tangan silicon.

Kesan Pemakaian Jam Tangan Tawaf

Jam tangan pusing kanan asalnya digunakan untuk tujuan perubatan alternatif, Namun begitu ramai pengguna yang meminatinya disebabkan kelainan yang dimilki oleh jam ini sendiri iaitu dengan susunan nombor dan jarum jam mengikut pergerakan tawaf.

Secara umumnya, jam tangan tawaf  ini mempunyai khasiat dan kesan yang berikut(petikan dari laman web vibration therapy):


  1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
  2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantara mesej tenaga secara tetap dan sekata
  3. Membantu mengawal rentak jantung
  4. Mengharmonikan sistem kelenjar
  5. Mmenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga
MENGUKUHKAN 7 KEADAAN:
  1. Keberanian mengatasi kesilapan
  2. Kelajuan mengatasi kelewatan
  3. Kemudahan mengatasi rintanagn
  4. Kestabilan mengatsi kucar-kacir
  5. Keuntungan mengatasi kerugian
  6. Kejayaan mengatasi kegagalan
Pergerakan ke kanan adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama islam, semua perkara yang baik sunat dimulakan dengan sebelah kanan. Dalam quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam jannah juga dipanggil "As-habul Yamin" atau golongan kanan.

Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke kanan. Elektron yang mengelilingi nuklues dalam atom juga bergerak ke kanan. Kanan melambangkan kebaikan sejagat.

Jam pusing kekanan yang menggunakan konsep ini dapat mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.

Secara jujurnya, jam ke kanan adalah jam sebenarnya yang harus dipakai disebabkan oleh manfaat yang bakal diperolehi darinya.

Sekian..

Model HML dengan Casing

Jam tangan tawaf memasuki akhbar

Model HM untuk lelaki

Model HML 

Jam silicon




6 comments:

  1. wow, baru tahu ada jual.. sambutan bagimana ?

    ReplyDelete
  2. @Aku Penghibur harganya dari RM110-RM150 mengikut model dan cas postage RM6 utk semenanjung..

    https://www.facebook.com/HijraTimepieceCollection

    ReplyDelete
  3. @Aku Penghibur harganya dari RM110-RM150 mengikut model dan cas postage RM6 utk semenanjung..

    https://www.facebook.com/HijraTimepieceCollection

    ReplyDelete
  4. @Raudzah Z Alhamdulillah,, sambutan agak menggalakkan,,sale agak memuaskan utk orang baru macam kita ni.. tapi masih memerlukan kerja keras untuk memperkenalkan jam ini..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012