Sunday, 11 November 2012

Permohonan Memasuki IPTA





Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..EXAM,,,OH NO...Sekarang adik-adik tingkatan lima sedang menduduki peperiksaan SPM yang terakhir dialam persekolahan dan menyusul pada minggu hadapan  pelajar Pra-u pula mengambil giliran menduduki peperiksaan STPM.. apa-apa pun selamat berjaya...

Kepada adik-adik yang terfikir dan runsing bilakah masanya untuk mengisi laman UPU diharapkan semuanya bawa bersabar.. menurut maklumat dari portal UPU informasi yang dikhabarkan adalah seperti berikut:

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my
untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut rujuk sini (upu.mohe)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname